Tuesday, 22 May 2012

Audit Keseluruhan 5S KPMB

Adalah dimaklumkan bahawa satu lagi audit dalaman akan diadakan pada hari Rabu, 23 Mei 2012.  Mohon kerjasama tuan/puan mengambil tindakan berikut: 
  1. sisih barang yang tidak diperlukan
  2. perbaharui label yang rosak/pudar
  3. sediakan 'cleaning kits' di work station masing-masing
Semoga audit keseluruhan yang akan diadakan pada hari Rabu, 23 Mei 2012 di setiap zon menepati standard 5S.  Ini merupakan sebahagian daripada persaediaan lawatan panel audit MPC bagi tujuan memperbaharui sijil 5S.  

5S adalah tanggungjawab kita bersama.  Sekian, terima kasih.

Thursday, 17 May 2012

Jom Ramai-ramai Gotong royong

 Gotong Royong Perdana




Tarikh : 18/6/2012
Kawasan : keseluruhan Kolej

Gotong Royong Perdana



Wahai  warga KPMB, esok Moh kita sama-sama bergotong royong

Pakaian : Tidak Rasmi (but sopan)

Jangan Lupa Ya...
Esok ....ramai-ramai bergotong Royong

Monday, 5 March 2012

Jangan Lupa Setiap Hari RABU

moh kita sama-sama birukan suasana di KPMB esok

Selamat Datang

Lawatan ahli pengurusan Kolej MARA Seremban akan diadakan pada:

Lawatan ahli pengurusan Kolej MARA Seremban akan diadakan pada:

Tarikh:    7/3/12 (Rabu)
Masa:     9.30 pagi
Bil. Peserta: 15 orang
Sehubungan dengan itu perkara berikut perlu diberi perhatian:
1. Fail zon, setiausaha, latihan, promosi, audit perlu dilengkapkan dan dihantar ke biliki mesyuarat meranti selewatnya 6/3/12, jam 5 ptg
2. Agenda: Akan bermula dengan minum pagi, taklimat, lawatan, makan tengahari, semakan dokumen dan exit meeting.
3. Lawatan akan bermula dari pejabat pentadbiran, library, blok akademik ( Blok B), studio landscape, makmal DAB dan pusat pelajar.Ketua zon perlu bersedia untuk beri penerangan jika diperlukan.
4. Parking perlu mengikut standard 5S
Kerjasama tuan/puan didahului dgn ucapan terima kasih.
Noriham
Penyelaras 5S